Friday, October 3, 2014

Apakah Itu Media H12 Dot Com

H12 Media Dot Com
Salam Hormat. Kali ini saya akan kongsikan kepada anda Apakah itu media H12 dot com.

Seperti yang semua sedia maklum berbagai-bagai sumber pengiklanan yang mampu menjana pendapatan kepada blogger. Seperti yang sedia maklum beberapa nama besar seperti Nuffnang, KOMLI, Innity, Adsense, dan  macam-macam lagi lah.

Tetapi untuk menyertai sesuatu syarikat iklan tersebut terma dan syarat nya adalah berbeza-beza. Dari pengalaman saya dan kawan-kawan yang lain syarikat yang earning nya tinggi memerlukan syarat seperti blog tersebut perlu la mempunyai PV atau UV yang tinggi setiap bulan.

Berbeza dengan Nuffnang pula sesiapa yang ada blog boleh join dan mudah untuk lulus permohonan kita. Dan seperti sedia maklum earning pun agak sedikit kerana jika kurang klik pada iklan maka kurang lah pendapatan kita.

Jadi kini terdapat satu lagi pilihan untuk para blogger, iaitu H12 Media Dot Com satu lagi pilihan untuk blogger. Ramai juga blogger Malaysia dah join dan income pun boleh tahan. Income dalam USD dan kita boleh gunakan Paypal untuk cash out. Apa salahnya kalau nak mencuba kan.

Bagaimana H12 Media Dot Com berfungsi?


Kekerapan Kemaskini Laporan Di H12

Laporan untuk impression, klik dan sebagainya akan dikemaskini setiap jam di bahagian Report dan setiap 24 jam untuk Graf. Cepat bukan? Kita boleh sentiasa mengetahui perkembangan pendapatan dari blog kita. Mestilah teruja tengok earning meningkat manjang kan.

Jenis Iklan Yang Dipaparkan Di Blog

Iklan yang dipaparkan adalah mengikut kesesuaian blog mengikut sistem automatik. Sebelum terima permohonan menjadi publisher mereka, blog kita sudah diperiksa. Jadi, jangan risau. Kalau ada yang tidak disenangi, boleh email. Kalau tak sesuai, buang. Habis cerita.

Nilai CPM Atau Satu Klik

Nilai setiap CPM dan CPC di H12 Media adalah tidak tetap. Tak perlu orang klik dulu baru dapat earning macam 8Share. Ia bergantung kepada traffik, kadar klik dan sebagainya. Kerja kita adalah berusaha menaikkan prestasi blog kita. Usahakan biar pendapatan meningkat tanpa henti. Penting!

Jadi untuk keterangan lanjut anda boleh ke SINI dan mendaftar. 

For english articles click HERE

Semoga berjaya.

0 comments:

Post a Comment

Berita Terkini
Loading...
Email Kami
Press Esc to close
Hakcipta © 2014 Bina Income Anda Hakcipta Terpelihara