Thursday, October 2, 2014

2015 Tahun Bisnes Yang Mencabar

2015 amat sukar bagi rakyat Malaysia

Salam Hormat... Perminat setia blog ini..

Kali ini saya akan Ceritakan Baru-baru ini, Saya berjumpa rakan rakan usahawan lain., Nak tahu sila baca post ini sampai abis.

Kebanyakkan rakan usahawan yang saya temui begitu gusar dengan kedatangan tahun 2015. Mereka menjangkakan ekonomi Malaysia pada tahun 2015 sedikit perlahan dan berkemungkinan akan berlaku kemelesetan ekonomi.


Bagi mereka yang menjalankan ‘the real business‘, mereka akan dapat merasa dengan cepat perubahan ekonomi Malaysia. Apabila kuasa beli rakyat Malaysia semakin terhakis, peniaga-peniaga kecil yang akan cepat terkesan.


Bagi orang bisnes, mereka boleh meramal keadaan ekonomi tahun 2015 berdasarkan perjalanan suku terakhir tahun 2014. Rata-rata rakan usahawan di dalam kitaran saya merungut perjalanan bisnes agak perlahan menjelang suku terakhir tahun 2014 ini.


Mereka berkongsi, kebanyakkan prospek tersangatlah berkira untuk mengeluarkan wang bagi sesetengah produk yang bernilai RM50-RM100 walhal sebelum ini produk di bawah RM100 gerenti laku keras!
Pun begitu, mereka bukanlah segerombolan usahawan yang suka mencari alasan. Mereka sentiasa berfikir cara untuk mengatasi masalah dan sentiasa mencari jalan untuk menyesuaikan dengan keadaan ekonomi semasa.


Bagi mereka tiada siapa boleh mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang berusaha. Saya sangat mengagumi semangat juang mereka, jadi tidak hairanlah mengapa kejayaan sentiasa mendampingi mereka.


Namun dari satu sudut lain, apa pula tindakan Anda terhadap situasi ini?


Bagi mereka yang baru hendak memulakan perniagaan pada tahun 2015 pula, dinasihatkan agar mulakan dengan percangan yang baik. Pastikan anda mempunyai wang yang secukupnya untuk mengharungi saat-saat yang mencabar dan elakkan dari memulakan perniagaan dengan hutang. Mulakan dengan apa yang ada ditangan. Bak kata orang tua-tua dulu, biar kecil asalkan berhasil.


Selamat maju jaya untuk usahawan tempatan untuk tahun 2015!

0 comments:

Post a Comment

Berita Terkini
Loading...
Email Kami
Press Esc to close
Hakcipta © 2014 Bina Income Anda Hakcipta Terpelihara