Saturday, August 23, 2014

Membina Rangkaian Niaga Anda

membina rangkaian anda
Salam...sejahtera sahabat yang di hormati, Seperti yang saya janjikan artiker kali ini membina rangkaian anda,

Ini adalah penting kepada semua perniaga-perniaga dan usahawan diluar sana, dengan 4 cara mudah ini anda akan bejaya didalam bidang perniagaan anda. insyaALLAH anda akan berjaya..

Langkah 1: Bina “Kumpulan Pemikir” Anda

Kumpulan adalah kekuatan dalam membina keupayaan perniagaan. Dalam melayari perniagaan anda, seboleh-bolehnya bentuklah kumpulan perniagaan anda sendiri. Tidak kisahlah jika berlaianan latarbelakang, yang penting bila anda dalam berkumpulan anda boleh berkongsi pengalaman, pendapat dan pengetahuan. Ini semua akan membantu anda dalam meningkatkan ketajaman pemikiran. Ingat!, bila anda ada kumpulan sendiri, masing-masing akan membantu antara satu sama lain. Binalah ukhuwah ini, mungkin 3 kali dalam sebulan berjumpa sambil makan tengahari, minum petang atau makan malam.

Langkah 2: Guna kekuatan Hebahan Berita Perniagaan

Antara cara lain yang mudah dan murah untuk membina kekuatan perniagaan anda ialah melalui hebahan berita perniagaan anda. Hebahan berita kepada pelanggan akan meningkatkan keupayaan capaian maklumat perniagaan anda sehingga 200%. Ini kerana ia memberikan ruang kepada pelanggan untuk membaca dan memahami mengenai berita perniagaan anda. Di Niaganews.com kami memahami dan memberikan kemudahan hebahan berita kepada pelanggan secara percuma. Anda hanya perlu menghantar maklumat perniagaan anda, kami akan sebarkan.

Langkah 3: Pastikan tanya soalan kepada palanggan “Ada apa lagi saya boleh bantu?”

Ingat, melalui sedikit soalan ini anda akan terkejut dengan balasan dari pelanggan anda. Mungkin, dari pesanan yang sedikit anda akan mendapat pesanan yang lebih banyak dari pelanggan anda. Soalan yang mengambil berat perhatian pelanggan merupakan etika yang tinggi dalam perniagaan. Cuba amalkan dan ajar sekali kakitangan anda yang lain.

Langkah 4: Guna Ruang Pengiklanan pada kos yang murah dahulu.

Ruang pengiklanan adalah sangat berkesan untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Cuba dahulu menulis iklan atau memaparkan iklan pada ruangan yang melibatkan kos yang rendah. Barulah pergi ke ruangan yang lebih mahal. Bukan apa, Cuma nak lihat konsep perniagaan anda itu boleh diterima ramai atau tidak. Sebab, banyak perniagaan yang besar kini memulakannya dengan yang kecil dahulu.

Semoga bejaya!

TERIMA KASIH.
Mhd Sham

0 comments:

Post a Comment

Berita Terkini
Loading...
Email Kami
Press Esc to close
Hakcipta © 2014 Bina Income Anda Hakcipta Terpelihara