Sunday, August 24, 2014

5 Tip Berjaya Dalam Networking

 
berjaya dalam Networking 
Salam Hormat...

Saya sering diajukan dengan berbagai pertanyaan mengenai cara mendapatkan downline didalam apa jua perniagaan networking dan pembuka kata kesemuanya adalah keluh kesah daripada mereka

Contohnya:

1.Saya dah masuk perniagaan uptrend tapi dah dekat setahun tak dapat taja orang pun.

2.Saya masuk toneexcel dah masuk 2 bulan, tapi sorang pun belum ada downline?

3.Saya join vemma pasal tertarik dengan promosi dia tiap2 hari kata saya dah ada downline, bila saya join tak dapat 

hasil pun, satu kaki je gerak, ni dah masuk 7 bulan ni, penat saje bayar tiga ratus lebih setiap bulan. Produk pun 

bukan guna sangat buat saya.

4.Saya dah tak larat nak buat bisnes offline dan online dah, macam2 cara dah buat tapi tak dapat hasil apa pun, duit 

saja habis.

5.Saya ada join program affiliate, buat punya buat, duit asyik habis buat iklan sana sini, tapi dia orang tak mau 

join pun,

Disini saya tanya anda macamana anda buat promosi, macam-macam jawapan yang saya dengar. Tetapi saya boleh katakan 

100% mengajak orang lain masuk bisnes kerana nak buat duit, nak dapat duit, nak cari untung lumayan dan macam-macam 

lagi yang sewaktu dengannya....

Contoh mudah dari saya :

Jika ada seorang bapa yang sentiasa memesan kepada anaknya, bila besar nanti, kalau dah kerja jangan lupa bagi abah 

duit tau! Kebiasaannya bila anak tu dah besar dia tak mampu nak berikan duit kepada bapanya setiap bulan.

Tetapi jika ada pula bapa yang tidak memesan apa pun dengan pesanan sedemikian tetapi fokus mendidik anak dengan 

baik, pelajaran yang baik, bapa lah sahabat, bapalah rakan dan bapalah ayah, InsyaAllah nanti besar anak tersebut 

akan beri bapanya duit setiap bulan. Ini yang sering terjadi dalam masyarakat kita.

Kerana apa bila bapa fokus kepada perkara yang salah, anak akan terbentuk menjadi anak yang salah.

Begitu juga didalam perniagaan; Langkah yang perlu anda selidikkan.

Produk yang baik adalah tulang belakang perniagaan tersebut, Tetapi nyawanya adalah "Startegy Marketing Yang Betul"

BANTU, Membantu sekiranya ada sesiapa didalam network anda, sekira mereka memerlukan bantuan tentang cara promosi,
jawap setiap panggilan phone dan reply setiap email yang memerlukan bantuan.

tulah sebabnya seseorang top internet marketer boleh hidup tanpa bekerja kerana mereka sering membantu orang lain 

mencapai apa yang dihajati. Adakah mudah untuk menjana pendapatan melalui internet ini, jawapannya memang susah, 

kalau mudah semua orang nak duduk rumah dan dapat duit.

Saya dah melalui kesemua kesusahan tersebut, dan apabila saya dapatkannya, saya berkongsi dengan orang lain, saya 

kongsi semuanya, tetapi tak semua yang memperolehi apa yang kita perolehi. Kadang-kadang sedih juga.

Tiada siapa akan bejaya dalam sesuatu perniagaan Networking itu jika produk yang disertainya adalah produk sampingan. 

Bila bisnes tidak bergerak, produk sampingan akan ditendang keluar, kerana ia bukan keperluan. Bila keseluruhan 

networking dia mempunyai mentaliti yang sama, maka tunggulah hari pengkebumian pembabitannya dalam bisnes tersebut.

Pertama sekali, kita kena mulakan pada diri kita sendiri, walau pun belum ada downline, kita kena jadikan produk 

bisnes yang kita sertai menjadi PRODUK KEPERLUAN kita. Itulah syaratnya. Inilah hukum pertama dalam perniagaan Networking.

Semoga bejaya!

Mhd Sham

0 comments:

Post a Comment

Berita Terkini
Loading...
Email Kami
Press Esc to close
Hakcipta © 2014 Bina Income Anda Hakcipta Terpelihara