Friday, August 22, 2014

CARA SAYA MEMILIH NETWORKING




















Kita mesti bijik memilih









1) Kalau nak memilih bisnes networking, pilihlah menggunakan tapisan dibawah ini:

a)Produknya mestilah produk KEPERLUAN ANDA. Memang anda pakai produk itu sebelum anda jumpa bisnes tu lagi. Contohnya macam rokok (saya hisap rokok), kalau anda tak hisap rokok, maka bukan keperluan anda. Beras, ubat gigi, minyak masak, debit kad (kalau yang pakai lah), electricity, penjimat minyak, handphone, webhosting, autoreponder, astro, ubat kencing manis, ubat itu, ubat ini, atau mana2 yang memang jadi keperluan anda. Kalau bukan jangan sertai bisnes tu. inilah cara saya.

b)Kalau kena maintain setiap bulan, kos maintainnya mestilah < kos spending setiap bulan. inilah cara saya.

c)Kalau boleh bisnes tersebut tiada servicing selepas pendaftaran. Maksudnya anda tak perlu service downline anda langsung. Kalau kena service, kalau downline anda ada 10 orang bolehlah cakap besar nak service, tapi kalau 100 orang, tak terduduk kita dibuatnya. Baik-baik anda ada banyak masa dengan keluarga, terpaksa gadaikan masa untuk servicing, tak haru dibuatnya. inilah cara saya.

2) Promosi:
a) Promote perniagaan ini pada keluarga yang paling hampir, sahabat-sahabat yang hampir, teman sekerja yang rapat sahaja. Tak perlu pergi jauh2. Promote kepada mereka yang juga menggunakan product tersebut, jika mereka tak guna, nasihatkan mereka jangan join. inilah cara saya.

b) Dapatkan website sendiri, samada web replikate, atau yang terbaik buat website sendiri. Tidak kira samada anda ingin menggunakan blogspot, fanpage, group facebook atau domain sendiri. Tapi dah tentu yang terbaik adalah menggunakan domain sendiri. Cuma kalau masih tak tahu buat website gunakan blogspot atau facebook group/fanpage. inilah cara saya.

c) Luangkan masa sejam sehari untuk buat promosi website anda secara online samada di sosial networking seperti facebook/tweeter/linkedin/youtube/forum dll. inilah cara saya.

d) Teruskan promote secara offline, tetapi pada orang yang hampir sahaja, kalau ada partner yang join sekali dalam bisnes ni, ajak pergi sana-sini, pergi sponsor sana-sini, mana-mana yang perlu keluarkan kos tinggi, jangan pergi, lebih baik promote dalam internet, itu jauh lebih baik, kos pun tak keluar. inilah cara saya.

e) Belajar lagi melalui video youtube, teknik-teknik baru untuk buat promosi didalam internet, kalau dah jumpa, cuba, dan tengok hasilnya. inilah cara saya.

Mungkin ada yang kata cara ini pada sesiapa yang tahu internet sahaja, yang ada komputer sahaja, mana sesuai untuk orang yang tak tahu komputer. Betul, tapi jangan lupa, 10 tahun lepas kalau ada orang pakai Atur 010 tu dah kira luar biasa, tapi sekarang  kalau ada orang yang tak ada handphone, memang orang tu orang yang luar biasa. 10 tahun lepas kalau orang ada laptop atau komputer, orang tu memang dasyat, tapi sekarang laptop/komputer/cybercafe sudah menjadi perkara biasa, dan 5 tahun akan datang kalau orang tu tiada email, dia akan di categorykan sebagai orang luar biasa. Ini trend sekarang dan akan menjadi trend akan datang. Jika anda cuba melawan arus, anda akan keletihan dan mati kelemasan ditelan arus. Jadi Apakah Cara anda??

Semoga dengan cara ini anda boleh berjaya didalam dunia Networking anda.

Baca artikel seterusnya Cara Membina Rangkaian Niaga Anda

Semoga bejaya!

Terima Kasih.
Mhd Sham

0 comments:

Post a Comment

Berita Terkini
Loading...
Email Kami
Press Esc to close
Hakcipta © 2014 Bina Income Anda Hakcipta Terpelihara